SBC/CIR/019/2016
19hb Februari, 2016


Para Peguam Selangor,

Pihak Jawatankuasa Peguam Selangor telah dimaklumkan oleh YA Dato' Akhtar Tahir iaitu bermula 1hb Mac 2016 untuk kes-kes melibatkan Kod 24 sahaja (Saman Pemula), di Mahkamah Tinggi (Saman Pemula) Shah Alam, bahawasanya peguam-peguam hanya perlu memfailkan dokumen melalui E-Filing dan seterusnya tidak perlu menyerahkan dokumen asal (hardcopy) tersebut ke Mahkamah Tinggi (yang mendengar Saman Pemula).

Peguam-Peguam digalakkan untuk membawa dokumen asal tersebut untuk rujukan sahaja pada tarikh sebutan di hadapan YA Dato' Akhtar Tahir.

Terima Kasih

SALIM BASHIR
Pengerusi,
Jawatankuasa Peguam Selangor.


RECENT POSTINGS

Events with CPD points