SBC/CIR/066/2017
11th July, 2017

Dear Members of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from Puan Nor Azura binti Abdul Rahman, Chief Assistant Director of the Wilayah Land Office regarding the above.

The said notification is reproduced below. A copy of the e-Tanah Aplikasi Form to request for a user ID can be accessed here.

Members, are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

A.G. Kalidas
Chairman
Selangor Bar Committee
_________________________________________________________________________________

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 12 Julai 2017 (Rabu), semua permohonan untuk mempercepatkan proses tukarganti hakmilik di PPTG WPKL kepada hakmilik di bawah Jadual Keenam Belas Kanun Tanah Negara dan Jadual Keenam Akta Hakmilik Strata hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web www.ptgwp.gov.my. Kaunter permohonan untuk mempercepatkan tukarganti hakmilik secara manual di PPTG WPKL akan ditutup bagi membolehkan pejabat ini memberi fokus kepada proses tukarganti hakmilik.

Mana-mana firma guaman yang telah berdaftar di PPTG WPKL dan masih belum memohon ID Pengguna Online, boleh membuat permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan ID Pengguna Online seperti yang dilampirkan. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah diemelkan kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my untuk tindakan pejabat ini selanjutnya.

Untuk makluman, Pengguna Online boleh menikmati kemudahan seperti berikut:
1. e-Carian – Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian
2. e-Semakan – Semakan status permohonan secara atas talian
3. e-Bayaran – Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian
4. e-Consent – Permohonan Consent secara atas talian

Kerjasama pihak tuan/puan dimohon untuk membuat hebahan kepada semua firma guaman berkenaan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Nor Azura binti Abdul Rahman,
Bahagian Pendaftaran,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Tel: 03-26103402
No. Faks: 03-26103494

RECENT POSTINGS

Events with CPD points