SBC/CIR/137/2017
20th December, 2017


Dear Members of the Selangor Bar,

Please refer to the email below received by the Selangor Bar on 18th December 2017.

Kindly take note and be guided accordingly on the Closure of e-Filing Service Biro and the last date for e-Filing for the year 2017.

Thank you,


A.G. Kalidas
Chairman
Selangor Bar Committee
______________________________________________________________________________________________________________
Subject: NOTIS PENUTUPAN KAUNTER BIRO PERKHIDMATAN DAN TARIKH AKHIR PEMFAILAN BAGI TAHUN 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya di arah merujuk perkara di atas dan emel terdahulu.

2. Mohon Tuan/Puan abaikan emel dan lampiran yang dihantar sebelum ini kerana terdapat beberapa pindaan.

3. Untuk makluman Tuan/Puan, bagi tujuan penutupan Akaun Kewangan PKPMP bagi tahun 2017, terdapat beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan berkaitan Sistem e-Kehakiman yang perlu Tuan/Puan ambil perhatian seperti berikut:-

a) Pemfailan dokumen dan bayaran bagi pemfailan Online secara FPX hanya boleh diterima setakat pemfailan yang dibuat sebelum jam 11.00 malam, pada hari Khamis (28 Disember 2017). Ini kerana Penyata Pemungut bagi transaksi online perlu disediakan sebelum jam 10.00 pagi, 29 Disember 2017 untuk dihantar ke JPM.

b) Bagi semua pemfailan dokumen yang dibuat di kaunter biro perkhidmatan sebelum / pada Khamis (28 Disember 2017), bayaran fi bagi pemfailan tersebut (jika berkenaan) hendaklah dibuat sebelum jam 11.00 pagi pada hari Jumaat (29 Disember 2017) di Kaunter Bayaran Kewangan. Sekiranya tiada pembayaran fi dibuat, pemfailan dokumen tersebut akan dibatalkan dan pihak pemfail perlu membuat pemfailan semula pada tahun 2018.

c) Selain itu, bagi bayaran denda untuk kes-kes jenayah selepas jam 11.00 pagi pada 29 Disember 2017 dan juga bayaran denda pada 31 Disember 2017 (di negeri-negeri yang berkaitan), bayaran denda hendaklah dibuat secara manual kerana Sistem ECF akan offline untuk sementara. Pihak-pihak perlu mendapatkan resit manual tersebut dan simpan dengan baik kerana tiada salinan dalam sistem jika resit tidak dimuatnaik semula ke dalam sistem.

d) Biro Perkhidmatan e-Filing akan ditutup pada 29 Disember 2017 (Jumaat) dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2018 atau 2 Januari 2018 (mengikut cuti am negeri-negeri berkaitan) untuk kegunaan Orang Awam sahaja.

e) Mulai 1 Januari 2018, semua firma guaman, agensi kerajaan dan badan berkanun hendaklah membuat pemfailan kes sivil / kes jenayah secara online di https://efs.kehakiman.gov.my.

4. Bersama-sama ini disertakan Notis Penting – Penutupan Kaunter Biro Perkhidmatan yang telah dipinda untuk rujukan Tuan/Puan.

5. Kami juga mohon supaya Tuan/Puan dapat memajukan maklumat serta Notis Penting tersebut kepada semua pelanggan mahkamah di lokasi masing-masing.


Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL),
Pengarah,
Bahagian e-Kehakiman,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 3, Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506 Putrajaya.

RECENT POSTINGS

Events with CPD points