SBC/CIR/036/2020
8th May, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur regarding the above.

The said notification has been reproduced below.

Members, are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee
___________________________

Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai 04 Mei 2020 (Isnin), semua pelanggan yang hadir berurusan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) DIWAJIBKAN untuk mengisi Borang Pendaftaran Pelanggan bagi urusan kali pertama semasa tempoh PKPB di pejabat ini.

Bersama ini disertakan Panduan Pendaftaran Pelanggan untuk perhatian tuan/puan. Setiap pelanggan perlu mendaftar SEKALI sahaja dan hendaklah membawa cetakan QR Code setiap kali hadir berurusan di PPTG WPKL.

Wakil yang berdaftar bagi lebih daripada satu firma boleh memasukkan mana-mana nama firma tersebut untuk tujuan pengisian Borang Pendaftaran Pelanggan.

Semua pelanggan dimohon membuat pendaftaran pelanggan sebelum hadir berurusan bagi memastikan kelancaran proses.

Pihak tuan/puan dimohon membuat hebahan berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

Azura
(Nor Azura binti Abdul Rahman)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3402 | Fax: 03-2610 3494
✉: azura@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points