SBC/CIR/079/2020
22nd July, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

Kindly take note that the Selangor Bar has received a notification from the e-Kehakiman Department, Putrajaya that the Chief Registrar’s Office will be organising a training on the e-Filing System at the Shah Alam Court. Kindly click here to view the e-Filing schedule.

Please be informed that only 2 representatives will be allowed from each firm and members are requested to RSVP via the given link in the reproduced notification below before/on 24th July, 2020.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee
_____________________________________________________________________________

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan/ Puan,                                                                                                      

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2020 DI KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya diarahkan oleh YBrs Tuan Ketua Pendaftar untuk memaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.

3.         Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti di LAMPIRAN A.

4.         Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma  masing-masing. Walau bagaimanapun, bilangan peserta untuk latihan ini adalah terhad sebanyak dua (2) orang wakil/sesi dari setiap Agensi/Firma dibenarkan bagi memastikan pematuhan kepada peraturan penjarakan sosial di lokasi latihan. Oleh itu pengesahan kehadiran daripada setiap agensi dan firma adalah diperlukan sebelum/pada 24 Julai 2020 (Jumaat). Mohon untuk mengisi kehadiran menggunakan pautan yang telah disertakan https://forms.gle/sNKuVugn4dHGw4uS7

5.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan  boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut atau melalui emel ekehakiman@kehakiman.gov.my.

i)              Encik Muhamad Faizal bin Ismail      -           03-88803583
ii)             Puan Rosnaida binti Abdul Razak      -           03-88803914

6.         Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan  di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
Sekian, terima kasih.
 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 
Saya yang menjalankan amanah,
 

              HAMIDAH
(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
b/p Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya

RECENT POSTINGS

Events with CPD points