SBC/CIR/081/2021
14th June, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) regarding the above.

The said notice is reproduced below for ease of reference.

Notis Penutupan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Malaysia pada 11 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa selaras dengan arahan Kerajaan berkaitan pelanjutan tempoh PKP 3.0 (lock-down Fasa 2) yang akan bermula pada 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021, PPTG WPKL akan ditutup sepanjang tempoh tersebut sehingga arahan Kerajaan untuk dibenarkan beroperasi semula.

3. Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh tersebut:

i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh PKP 3.0lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.

ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.

iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh PKP 3.0 lockdown diberi lanjutan masa selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh PKP 3.0 lockdown adalah ditangguhkan. Pentadbiran ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan
beroperasi semula.

v) Semua slot janjitemu perserahan (e-Janjitemu) melalui sistem e-Tanah hanya akan dibuka semula untuk tempahan apabila dibenarkan beroperasi semula.

4. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik,
Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Rasmi PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

5. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Firdaus
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: [email protected] ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points