SBC/CIR/100/2021
01st July, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL).

The said notice is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMULA KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN DI PPTGWPKL MULAI 1 JULAI 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, dan selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 29 Julai 2021.

2. Dimaklumkan bahawa semua operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan kembali beroperasi mulai Khamis, 1 Julai 2021. Waktu operasi kesemua kaunter-kaunter tersebut adalah mulai jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang secara kaedah janji temu (appointment-basis). Untuk makluman tambahan juga, PPTGWPKL telah menerima maklum balas daripada sejumlah 248 firma guaman melibatkan sejumlah 455 set bundle perserahan yang mana suratcara-suratcara (instruments) di dalam perserahan berkenaan tamat antara 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.

3. Justeru, selaras dengan perkara di perenggan 2 di atas, pihak PPTGWPKL akan mengkhususkan pemberian keutamaan kepada 248 firma guaman tersebut untuk melaksanakan perserahan melibatkan 425 set bundle berkenaan terlebih dahulu pada Khamis, 1 Julai 2021 dan Jumaat, 2 Julai 2021. Notifikasi maklumat tarikh dan slot masa perserahan untuk hadir ke PPTGWPKL akan dikemukakan secara email kepada kesemua firma guaman berkenaan selewat-lewatnya pada Rabu, 30 Jun 2021. Dipohon kerjasama ke semua firma yang telah mengemukakan maklumbalas kepada PPTGWPKL tempoh hari untuk sentiasa menyemak email yang diberikan sebelum ini.

4. Selain itu, bagi perserahan-perserahan yang tidak melibatkan suratcara yang tamat di antara tarikh 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021, tempahan (reservation) slot perserahan melalui e-Janjitemu akan dibuka dan ditawarkan di dalam Portal awam e-Tanah mulai 30 Jun 2021. Slot perserahan tersebut adalah bagi tarikh 5 Julai 2021 hingga 14 Julai 2021. Firma-firma guaman adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan tersebut. Bagi tarikh slot perserahan yang melangkaui 15 Julai 2021 dan ke atas, PPTGWPKL akan membuka tempahan slot-slot berkenaan selepas 5 Julai 2021 bagi memudahkan firma-firma guaman membuat perancangan awal.

5. Sepertimana yang telah dimaklumkan di dalam siri notifikasi terdahulu, PPTGWPKL masih mengekalkan keputusan untuk memberi pengecualian denda dan penetapan kepada perkara-perkara seperti berikut:

(i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.

(ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.

(iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, pelanjutan tempoh masa diberikan selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

(iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditangguhkan, PPTGWPKL ini akan mengeluarkan menetapkan tarikh baru dan surat pemakluman akan dikeluarkan.

6. Bagi urusan kutipan dokumen perserahan, ianya akan dilaksanakan secara walk-in basis, dan boleh mula dikutip mulai Khamis, 1 Julai 2021. Firma-firma guaman atau wakil adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh berurusan di premis PPTGWPKL.

7. Di atas kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan pemakluman-pemakluman seperti di perenggan 2 hingga 5 di atas kepada semua firma-firma guaman adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Firdaus
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points