SBC/CIR/103/2021
01st July, 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL).

The said notice is reproduced below for ease of reference.

JADUAL KEUTAMAAN TEMUJANJI PERSERAHAN PADA 1 DAN 2 JULAI 2021

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

JADUAL KEUTAMAAN TEMUJANJI PERSERAHAN PADA 1 DAN 2 JULAI 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, dan selaras dengan emel pemakluman pengoperasian semula kaunter perkhidmatan PPTGWPKL bertarikh 29 Julai 2021.

2. Dimaklumkan bahawa semua operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan kembali beroperasi mulai Khamis, 1 Julai 2021. Waktu operasi kesemua kaunter-kaunter tersebut adalah mulai jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang secara kaedah janjitemu (appointment-basis). Justeru itu, pihak PPTGWPKL telah mengkhususkan pemberian keutamaan kepada firma guaman yang telah memberikan maklumbalas untuk melaksanakan perserahan terlebih dahulu pada Khamis, 1 Julai 2021 dan Jumaat, 2 Julai 2021.

3. Bersama-sama ini disertakan lampiran maklumat temujanji yang telah dikhaskan berdasarkan tarikh dan slot masa perserahan kepada kesemua firma guaman yang telah tersenarai. Satu kaunter khusus iaitu Kaunter 15 telah dikhaskan kepada pemohon yang mempunyai perserahan pukal sahaja sepertimana di lampiran yang disertakan. Dipohon kerjasama kesemua firma yang telah tersenarai untuk patuh kepada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Adalah dimaklumkan bahawa, PPTGWPKL telah memberikan ruang khusus kepada kesemua firma yang telah tersenarai, namun PPTGWPKL tidak akan mengeluarkan sebarang surat kebenaran bertugas atau pelepasan perjalanan bagi tujuan tersebut. Sila kemukakan slip emel ini beserta jadual temujanji semasa hadir ke PPTGWPKL.

4. Selain itu, bagi firma guaman yang tidak tersenarai atau yang tidak dapat hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, tempahan (reservation) slot perserahan melalui e-Janjitemu telah dibuka dan
ditawarkan di dalam Portal awam e-Tanah mulai 30 Jun 2021. Slot perserahan tersebut adalah bagi tarikh tempahan 5 Julai 2021 sehingga 30 Julai 2021. Firma-firma guaman adalah dipelawa untuk menggunakan kemudahan tersebut bagi memudahkan firma-firma guaman membuat perancangan awal.

5. Seperti mana yang telah dimaklumkan di dalam siri-siri notifikasi terdahulu, PPTGWPKL masih mengekalkan keputusan untuk memberi pengecualian denda dan penetapan kepada perkara-perkara seperti berikut:

(i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.

(ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh Dua (2) bulan dari tarikh akhir yang
ditetapkan.

(iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat pada 30 Jun 2021 dan sebelumnya, pelanjutan tempoh masa diberikan selama Dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.

(iv) Semua siasatan, lelongan awam dan siasatan hakmilik hilang yang telah ditangguhkan, PPTGWPKL akan mengeluarkan penetapan tarikh baharu melalui surat pemakluman yang akan dikeluarkan.

6. Bagi urusan kutipan dokumen perserahan, ianya akan dilaksanakan secara walk-in basis, dan boleh mula dikutip mulai Khamis, 1 Julai 2021. Firma-firma guaman atau wakil adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh berurusan di premis PPTGWPKL.

7. Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan memberikan kerjasama dan perhatian yang sewajarnya kepada perkara di atas.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

nls
(Nor Laili Bt Safiin)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610
✉: [email protected] ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points