SBC/CIR/131/2018
13th December, 2018

Dear Pupils and Members of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has received a notification from En. Zuwardi Zubir, the Managing Director of the Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) regarding the Loan Management System "LMS" and the same details is reproduced below.

Thank you.

Secretariat,
Selangor Bar Committee
__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa LPPSA akan melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System "LMS") baharu yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019. Sistem ini akan melibatkan peguam sebagai pengguna (user) bagi dua (2) modul iaitu Dokumentasi Pembiayaan dan Litigasi. Sehubungan itu, satu siri latihan LMS percuma kepada Peguam Berdaftar LPPSA sahaja akan dilaksanakan pada bulan Disember 2018 dan Januari 2019.

3. Adalah dimohon jasa baik pihak tuan untuk menghebahkan perkara ini kepada ahli-ahli seperti makluman di notis hebahan LPPSA di lampiran. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Robiatul Adawiyah Ujud di talian 03-88802004 dan Cik Nurul Asiqin Mohamad Shafie di talian 03-88802740.

Sekian terima kasih.

Latihan Sistem LMS kepada Peguam berdaftar LPPSA (Selangor)

RECENT POSTINGS

Events with CPD points