SBC/CIR/105/2020
14th September, 2020

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar, 

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) regarding the above. 

The said notification is reproduced below. 

Pemakluman Permohonan Dan Pembayaran Carian Persendirian Secara Atas Talian (Online) Menggunakan Sistem SMARTBOX

Members are advised to please take note and be guided accordingly. 

Thank you,
 
Murali Velautham
Chairman
SelangorBar Committee
_________________________________________________________________________________

Tuan/Puan, 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa susulan daripada keadaan semasa berhubung wabak Covid-19, Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) akan mengambil tindakan lanjut berikutan keadaan kaunter di tingkat LG,tingkat 3 dan sekitarnya telah menjadi terlalu sesak di mana penjarakan sosial tidak dapat dipatuhi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

3. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa pada 17 September 2020 (Khamis), permohonan dan pembayaran bagi carian persendirian perlu dibuat secara atas talian (online) menggunakan sistem Smartbox. Permohonan tersebut perlu diserahkan melalui kiosk Smartbox dan tiada urusan di kaunter PTGS. 

4. Walau bagaimanapun, bagi carian rasmi,masih lagi boleh dimohon melalui kaunter di tingkat LG bagi HakmilikTanah dan tingkat 1 (Satu) bagi Hakmilik Strata. Segala urusan tersebut tertakluk kepada waktu operasi kaunter seperti biasa. 

5. Perhatian dan kerjasama pihak puan berhubung perkara di atas didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Sekian,terima kasih.  

“SELANGORMAJU BERSAMA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

RECENT POSTINGS

Events with CPD points