SBC/CIR/131/2020
22nd October, 2020

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received a notification from the Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) regarding the above.

The said notification is reproduced below for easy reference.

Pemakluman Operasi Di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you,

Murali Velautham
Chairman
Selangor Bar Committee

________________________________________________

YBhg. Dato'/Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN OPERASI DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR (PTGNS) SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan juga sidang media harian oleh YB. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 20 Oktober 2020 berkaitan arahan untuk bekerja dari rumah bagi sektor awam dan juga sektor perkhidmatan lain yang melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula pada 22 Oktober 2020 sehingga tamat PKPB.

2. Selaras dengan arahan tersebut, perubahan waktu perkhidmatan kaunter urusan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) adalah seperti berikut:

i) Kaunter Tingkat 4 – Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari

ii) Pendaftaran (Tanah / Strata) – Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari

iii) Semakan dan Bayaran Cukai Tanah & Petak – Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari

iv) Pungutan Dokumen Perserahan (Tanah/Strata)

Pungutan (Tanah) *Temujanji / Pungutan (Strata) *Nombor Giliran

Isnin hingga Khamis dari 8.30 pagi sehingga 3.30 petang
Jumaat dari 8.30pagi sehingga 11.45pagi & 2.45petang sehingga 3.30petang

v) Kiosk Perserahan *Smartbox* - Isnin hingga Jumaat dari 6.00 pagi sehingga 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini memohon agar pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan dapat mengoptimumkan penggunaan kaedah perserahan secara Sistem "SmartBox" sepenuhnya bagi mengurangkan kontak secara bersemuka.

4. Sebagai langkah pencegahan berterusan untuk membendung penularan wabak Covid-19, setiap pelawat dan pelanggan yang berurusan di kesemua kaunter jabatan ini perlu sentiasa mematuhi peraturan, garis panduan dan surat edaran yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Tuan /Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BANGSA MEMAKMUR NEGERI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Mohamad Hazrin bin Zakaria
Bahagian Pendaftaran Hakmilik
Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor

RECENT POSTINGS

Events with CPD points