SBC/CIR/148/2021
06th September, 2021

Dear Selangor Bar Members & Pupils in Chambers,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Deputy Registrar of the Kuala Lumpur High Court Special Powers Division 1 that the Special Powers Division Counter will commence operation with a new email address for appointments and an additional one extra counter effective 7 September 2021.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Notis Operasi Kaunter Bahagian Kaunter Kuasa-Kuasa Khas

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________

Puan,

Saya merujuk kepada perkara diatas dan lampiran.

2. Bersama-sama emel ini, saya kemukakan satu Notis baru dari Bahagian Kuasa-Kuasa Khas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (BKK) untuk perhatian dan tindakan pihak Puan.

3. Untuk makluman Puan, BKK masih meneruskan perkhidmatan kaunter secara temujanji berdasarkan waktu operasi kaunter sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

4. Penggunaan emel baru bagi tujuan penetapan tarikh temujanji ini akan dimulakan pada 7 September 2021.

5. Selain itu, BKK juga akan membuka satu lagi kaunter sebagai tambahan kepada kaunter sedia ada agar lebih banyak perkhidmatan dapat diberikan dalam tempoh waktu operasi kaunter yang terhad buat masa ini.

6. Jasa baik Puan adalah dipohon agar pihak Puan dapat mewar-warkan perkara ini kepada semua pihak yang terlibat.

Segala perhatian, kerjasama dan tindakan pihak Puan amat dihargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang memegang amanah,

Siti Faraziana
.......................................................................
SITI FARAZIANA BINTI ZAINUDDIN
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 1
Kuala Lumpur

RECENT POSTINGS

Events with CPD points