SBC/CIR/163/2021
01st October, 2021

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER PERKHIDMATAN DI PPTGWPKL MULAI 04 OKTOBER 2021 (ISNIN)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, dan selaras dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 29 September 2021 berhubung peralihan PPN Fasa Ketiga bermula 01 Oktober 2021 adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa waktu pengoperasian kaunter perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) mulai 4 Oktober 2021 adalah dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang secara tanpa temujanji (walk-in) (first come-first serve basis). Firma-firma guaman atau wakil yang telah membuat janjitemu dari 04 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021 boleh hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan, namun akan dilayan secara walk-in.

3. Adalah diingatkan firma-firma guaman atau wakil adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang tempoh berurusan di premis PPTGWPKL. Di atas kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan
untuk memanjangkan pemakluman-pemakluman seperti di perenggan 2 di atas kepada semua firma guaman adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AhmadNazri
(AHMAD NAZRI BIN MD NASIR)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3404 | Fax: 03-2610 3494
✉: ahmadnazri@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points