SBC/CIR/180/2021
21st October, 2021

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

__________________________________________________________________________________

MAKLUMAN BERKENAAN PENUTUPAN KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PPTGWPPj) PADA 28 - 29 OKTOBER 2021

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg Datuk/Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Khidmat Pelanggan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) akan ditutup selama dua (2) hari iaitu pada 28 hingga 29 Oktober 2021 bagi kerja-kerja pelarasan peralihan Sistem Pengurusan Tanah Berkomputer (SPTB) kepada Sistem eTanah yang baharu.

3. Sehubungan itu, dimohon pihak YBhg Datuk/Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk berkongsi, mengedar dan memaklum perkara tersebut kepada pihak-pihak berkaitan bagi memudahkan urusan merancang dan menyelaras proses kerja serta urusan dengan PPTGWPPj mengikut ketetapan yang disediakan. Ini bagi mengelakkan urusniaga dan bukan urusniaga tidak dapat dilaksanakan seterusnya menyebabkan kelewatan dan denda kepada transaksi berkaitan.

4. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menjalankan amanah,

(FARHAN BIN HASSAN)
Penolong Pengarah
Bahagian Pendaftaran, Hakmilik dan Hasil
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras G, Blok 2
Menara Seri Wilayah, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8889 7778 | Fax: 03-8881 1804
✉: [email protected] ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points