SBC/CIR/091/2021
21st June 2021

Dear Members and Pupils of Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from the Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) requesting for feedback from members on urgent presentation matters, in the format as per the enclosed form which is to be submitted by 4:00 pm, Monday 21st June 2021 to pendaftar@ptgwp.gov.my

The said notice is reproduced below for ease of reference.

SENARAI MAKLUMAT URUSAN PERSERAHAN/PRESENTATION YANG MELIBATKAN SURATCARA (INSTRUMENT) YANG TAMAT PADA 1 JUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2021

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

________________________________________________________________________________

Selamat Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas dan emel pemakluman Pentadbiran ini berkaitan pelanjutan penutupan operasi kaunter di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) sepanjang tempoh PKP 3.0 (Fasa 2 Lockdown) pada 14 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Pentadbiran ini memahami kesukaran yang dihadapi oleh para pelanggan, terutamanya firma-firma guaman berikutan penutupan operasi kaunter di PPTGWPKL sejak 1 Jun 2021 berikutan pematuhan kepada arahan Kerajaan bagi PKP 3.0. Penutupan operasi kaunter ini telah menghalang urusan-urusan perserahan (presentation) yang perlu dilaksanakan di kaunter Bahagian Pendaftaran, memandangkan keperluan perundangan tanah semasa yang mengkehendaki setiap urusan perserahan dikemukakan secara fizikal menggunakan borang-borang berkanun (seperti dikehendaki di dalam Kanun Tanah Negara). Kesan daripada penutupan kaunter ini telah menyebabkan urusan perserahan tidak dapat dibuat dan terdapat suratcara-suratcara (instruments) yang tamat tempohnya antara 1 Jun 2021 hingga tarikh semasa.

3. Justeru, Pentadbiran ini memohon kerjasama daripada semua para pelanggan/firma guaman untuk mengemukakan maklumat-maklumat perserahan yang melibatkan suratcara-suratcara (instruments) yang tamat tempoh pada 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021 dengan menggunakan format borang seperti yang dilampirkan. Maklumat ini diperlukan bagi membolehkan Pentadbiran ini merancang kapasiti dan keperluan perkhidmatan apabila PPTGWPKL dibenarkan untuk beroperasi kembali dalam tempoh terdekat.

4. Para pelanggan/firma guaman dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang diperlukan ini secara email di alamat pendaftar@ptgwp.gov.my selewat-lewatnya sebelum jam 4:00 petang, Isnin 21 Jun 2021 bagi membolehkan penyelarasan dan tindakan lanjut dibuat oleh Pentadbiran ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh turut diajukan di dalam email berkenaan.

5. Di atas perhatian dan kerjasama lanjut semua pihak dalam perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Firdaus
(MOHD FIRDAUS BIN IBARUSLAN)

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian
(Deputy Director of Land and Mines)
Sektor Pendaftaran Tanah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2610 3401 | Fax: 03-2610 3490
✉: mohdfirdaus@ptgwp.gov.my ý: www.ptgwp.gov.my

RECENT POSTINGS

Events with CPD points