SBC/CIR/079/2022
22nd August, 2022

Dear Members & Pupils of the Selangor Bar,

Please be informed that the Selangor Bar has received an email from the Director of the e-Kehakiman Division of the Federal Court of Malaysia, Mohamad Kamil Bin Nizam, extending an invitation to the Members of the Selangor Bar to participate in an E-Kehakiman System Training at the Shah Alam Court.

The relevant portion of the said email is reproduced below for your easy reference and click here to view the Training Schedule.

Should you have any enquiries, kindly contact Puan Rosnaida Binti Abdul Razak at 03-88803914 or email to [email protected]

Thank you.

Kokila Vaani Vadiveloo
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI LATIHAN SISTEM E-KEHAKIMAN BAGI TAHUN 2022 DI KOMPLEKS MAHKAMAH SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya diarahkan oleh YBrs Puan Ketua Pendaftar untuk memaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia akan mengadakan satu siri latihan kepada para pengguna sistem e-Filing daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi penguatkuasa dan firma guaman. Objektif latihan ini adalah untuk memberi latihan kepada para pengguna baru, memantapkan kemahiran para pengguna yang sedia ada, dan memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi baru serta penambahbaikan yang telah dibuat dalam sistem e-Filing.

3. Sehubungan dengan itu, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan atau wakil adalah dijemput untuk menghadiri latihan yang akan diadakan tersebut mengikut tarikh serta lokasi yang ditetapkan seperti
di LAMPIRAN A. Kerjasama YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan adalah dimohon untuk memanjangkan jemputan ini kepada para pengguna sistem e-Filing di agensi atau firma masing-masing.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Norhanum binti Hassan di talian 03-88803587 atau Puan Rosnaida binti Abdul Razak di talian 03-88803914 atau melalui emel [email protected].

5. Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk / Dato’ / Datin/ Tuan / Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMAD KAMIL BIN NIZAM
Pengarah Bahagian e-Kehakiman
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Tel : 0388803531

RECENT POSTINGS

Events with CPD points