SBC/CIR/072/2023
31st July 2023

Dear Members and Pupils of the Selangor Bar,

The Selangor Bar Committee has just received notification from Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGNS) regarding the above matter.

The said notification is reproduced below for ease of reference.

Members are advised to please take note and be guided accordingly.

Thank you.

M K Thas
Chairman
Selangor Bar Committee

___________________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/ Puan.

JEMPUTAN TAKLIMAT AWAM PENGENALAN e-TANAH NEGERI SELANGOR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan sistem pentadbiran tanah secara eletronik (e-Tanah) di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan seluruh Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor. Sistem e-Tanah dijangka untuk digunapakai pada Oktober 2023 di seluruh Pentadbiran Tanah di Negeri Selangor.

3. Sistem e-Tanah dilaksana bagi memastikan penyeragaman pelaksanaan pentadbiran tanah di negeri-negeri mengikut perundangan yang berkuat kuasa dan bertujuan untuk meningkatkan ketelusan serta mencegah ketirisan di setiap peringkat pentadbiran tanah dalam sesebuah negeri.

4. Justeru itu, sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi taklimat awam berkaitan Portal Awam e-Tanah akan diadakan seperti ketetapan di butiran :

Tarikh / Masa : 3 Ogos 2023 (9.30 pagi- 11.30 pagi) atau 10 Ogos 2023 (2.30 ptg-4.30 ptg)

* sila daftar pada salah satu slot sahaja

Tempat : Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor, 40680 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

5. Sehubungan itu, pihak tuan/puan atau wakil dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut. Setiap firma dihadkan kepada 2 wakil maksima bagi sesi tersebut dengan melengkapkan kehadiran di QR Code seperti di dalam poster berikut atau link tersebut
https://docs.google.com/forms/d/1D0bERa6rbYwWeExYcKKvJzBSP_1rwY9-e2uLFOMWe5U/viewform?edit_requested=true

QR Code

6. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Mohd Azmi Bin Mohd Azman di talian 014 2766798 atau emel ke mohdazmi@mail.puncaktegap.com.my / Puan Anna Suriaty di talian 0196688476 atau emel ke anna@ptsb.puncaktegap.com.my. Kehadiran wakil dari pihak tuan/puan ke taklimat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"SELANGOR MAJU BERSAMA"

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor

RECENT POSTINGS

Events with CPD points